Kolagen adalah
protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya
merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia
menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan
dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai
polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple
helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai
panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan
terpenting abad ini.
Kolagen terdapat
pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku),
tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan
organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan
kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25
tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian.
Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh
daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan
kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen
diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti
osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk
kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
TANDA TANDA PENUAAN
- kulit kusam
- tak bermaya
- tiada seri
- kulit kedut dan mula kendur
- pigmentasi kulit
- cepat letih dan lesu
- sakit badan dan sendi
- mudah lupa
- kurang penglihatan
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
- memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- memelihara kelembapan kulit
- menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
- menguatkan otot dan tulang
- membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
- memelihara kelenturan sendi
- mengurangkan keradangan(inflammation)
- memberi tenaga
- membantu pola tidur
- memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
- Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.
0 comments
Post a Comment