24 APRIL 2013 - Bismillahirrahmanirrahim..Salam semua.Mudah-mudahan kita sentiasa di bawah lindungan dan rahmat-NYA. Amiin...
Masalah kulit...mungkin ada segelintir kita yang tidak tahu ianya disebabkan oleh cara pemakanan kita seharian. So, hari ini ekin nak kongsikan sedikit info mengenainya. Harapan agar info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda diluar sana menjaga kecantikan dan kesihatan anda.
Ya..memang benar kulit boleh menjadi cantik
dan sihat sekiranya kita menggunakan bahan rawatan wajah yang bersesuaian.
Namun, kebanyakan dari anda tidak sedari bahawa pemakanan harian
juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit wajah berseri. Seperti
yang kita semua ketahui, ada makanan yang baik untuk kulit dan ada juga yang
memberikan kesan sebaliknya seperti masalah kulit berjerawat dan sebagainya.
Pencuci muka dan toner sahaja tidak mencukupi sekiranya diet harian
tidak dijaga dengan baik.
Di sini, disenaraikan enam jenis makanan
yang menjadi punca kepada masalah kulit wajah dan tidak patut diambil dengan
kadar yang tinggi.
Garam
Sifat garam yang menyimpan
air membawa kepada bengkak di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya
diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis membuatkan bahagian
tersebut mudah bengkak. Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan
membuatkan kulit anda lebih cepat tua.
Makanan laut
Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti udang, ketam serta
rumpai laut boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan
tersebut tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah muka jerawat,
anda dinasihatkan untuk memakan makanan sedemikian hanya dua kali sebulan dan
bukan dua kali seminggu.
Susu
Kesan sampingan susu
terhadap wajah mungkin tidak seteruk jika dibandingkan dengan jenis makanan
yang lain. Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi punca kulit
bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak yang mengandungi kandungan hormon yang
merangsang penghasilan minyak di kulit.
Makanan
berkanji
Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti
pasta, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca kepada kulit
berjerawat.
Gula
Kandungan gula yang tinggi dalam
darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih
mudah berkedut dan nampak tua.
Minuman beralkohol
Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih haus walaupun
sudah meminum dengan banyak. Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih
kering sehingga menyebabkannya
berkedut.
Jadi, salah satu cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan VCO dan COLLAGEN CATALYST. Ianya dapat membantu mengurangkan gejala tersebut. Ianya dapat membantu mengurangkan masalah kulit seperti ekzema iaitu radang kulit kering, kulit gatal yang sensetif pada cuaca, masalah jerawat dan jeragat serta mengurangkan masalah kulit berminyak. Ia juga membantu mengurangkan penuaan dan kedutan pada kulit, melembutkan kulit muka dan melindungi kulit muka dari sinaran matahari.
So, apa yang anda tunggu dan fikirkan lagi?..call atau msg ekin sekarang 011-12366967. Ketahui dan alamilah sendiri keberkesanan dan hasilnya! Salam jua...
0 comments
Post a Comment