About

Monday 9 September 2013

RAWAT TUMIT KAKI MEREKAH

.


SALAM  semua. Hari ini ekin nak share satu lagi tips kegunaan VCO Catalyst dalam merawat tumit merekah. Pasti ramai wanita diluar sana yang menghadapi masalah tumit merekah ni kan. Malu bila kawan-kawan nampak tumit kaki kita merekah-rekah. Muka  dah comel, mekap dah lawa tapi bila tumit kaki pecah-pecah mesti orang cakap kita tak pandai jaga kebersihan. 

Contoh terdekat...ekin sendiri. Masalah tumit ini timbul bila mula pakai kasut bertumit. Sejak tumit dilanda kemarau ini macam- macam cara ekin buat untuk mengatasinya.. sapu ubat, gosok dengan penggosok kaki..semua tak jalan. Last sekali dapat petua orang lama macam LANGKAH 1 kat bawah ni, then ekin cuba dalam seminggu. Memang ada kesan positif ditambah pulak dengan yang bertindak sebagai pelembap tumit yang kering tu kesannya amat memberansangkan. Kini hanya tinggal lagi 20% saja lagi kesan rekahan kat tumit ekin. Sekarang LANGKAH 1 ekin amalkan seminggu 2 kali manakal yang LANGKAH 2  pula setiap malam sebelum tidur ekin amalkan. Kat ofis pun ekin slalu sapu cco dan pakai stokin. Semoga perkongsian ini boleh membantu anda semua mengatasi masalah tumit merekah. 

Antara faktor yang menyebabkan tumit merekah yang ekin dapat dari google.
  • Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
  • Obesiti – Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan tersebut.
  • Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
  • Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
  • Kelenjar peluh yang tidak aktif.
  • Masalah kaki leper.
  • Memakai kasut yang terlalu ketat.
  • Kencing manis.

LANGKAH 1 
  • Ambil air panas dan masukan asam keping 2 - 3 keping kedalamnya dan biarkan seketika.
  • Kemudian tambahkan air sejuk supaya air rendaman asam keping tadi menjadi suam.
  • Rendamankan kaki dalam air rendaman asam keping tadi selama 20 ~ 30 minit ( Biasa ekin buat masa tengok tv ) 
  • Selepas itu lap kaki tadi dengan tuala bersih sehingga kering.  

LANGKAH 2 
  • Selepas itu ambik sebijik VCO dan cucuk dengan jarum untuk keluarkan minyak dari  kapsul.( Lagi mudah beli VCO Liquid ) 
  • Kemudian sapukan pada bahagian tumit yang bermasalah sehingga rata dan pakai stokin dan boleh sambung buat kerja lain.
  • ekin sarankan untuk sapu VCO pada tumit kaki sebelum tidur untuk mengelakkan tumit kaki kering. 
* InsyaAllah jika diamalkan selalu kesan rekahan kat tumit akan hilang.. SELAMAT MENCUBA!
 

0 comments

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment

 

Followers

Info Catalyst

View My Stats